Wednesday, 20 March 2013

Let have a look at this story...

The Professor began his class by holding up a glass with some water in it. He held it up for all to see & asked the students 



“How much do you think this glass weighs?"

'50gms!'..... '100gms!' .....'125gms' ...the students answered.

"I really don't know unless I weigh it," said the professor, "but, my question is:

What would happen if I held it up like this for a few minutes?"
'Nothing' …..the students said.

'Ok what would happen if I held it up like this for an hour?' the professor asked.

'Your arm would begin to ache' said one of the student

"You're right, now what would happen if I held it for a day?"

"Your arm could go numb; you might have severe muscle stress & paralysis & have to go to hospital for sure!"

….. Ventured another student & all the students laughed
"Very good.

But during all this, did the weight of the glass change?" Asked the professor.

'No'…. Was the answer.

"Then what caused the arm ache & the muscle stress?"
The students were puzzled.

"What should I do now to come out of pain?" asked professor again.

"Put the glass down!" said one of the students
"Exactly!" said the professor.

Life's problems are something like this.
Hold it for a few minutes in your head & they seem OK.

Think of them for a long time & they begin to ache.
Hold it even longer & they begin to paralyze you. You will not be able to do anything.

It's important to think of the challenges or problems in your life, But EVEN MORE IMPORTANT is to 'PUT THEM DOWN' at the end of every day before you go to sleep...

That way,
you are not stressed,
you wake up every day fresh &strong &
you can handle any issue, any challenge that comes your way!

So, when you start your day today, Remember friend to ‘PUT THE GLASS DOWN TODAY! '



Friday, 15 March 2013

Apa itu 5 Why's

5 Why's 


Pernah dengar apa itu 5 Why's?


Ramai yang ingat ia merupakan tool untuk menyelesaikan masalah atau problem solving.

Sebenarnya ia merupakan komponen Problem Solving untuk mengenalpasti Punca Masalah @ Root Cause.

Kebanyakan 5 WHY yang digunakan tidak mencukupi kerana ia tidak merangkumi seluruh punca yang mungkin menyebabkan masalah tersebut.

TIDAK PERCAYA...


Ramai yang menggunakan 5 WHY untuk mengenalpasti KENAPA kita mengalami masalah tersebut.

TIDAK ramai yang menggunakan 5 WHY untuk mengenalpasti KENAPA masalah itu terLEPAS.

TIDAK ramai yang menggunakan 5 WHY untuk mengenalpasti KENAPA sistem membenarkan ia berlaku.



Ingin menggunakan 5 WHY Analisis 3 Cabang?

Penggunaan analisis 3 Cabang mampu membantu anda melihat punca masalah dari 3 aspek.

Apa 3 aspek tersebut?


Aspek 1.

- Kenapa kita menghadapi masalah tersebut?

Ini adalah 5 WHY yang selalu kita gunakan.

Aspek 2.

- Kenapa masalah tersebut terlepas kepada pelanggan?

Seringkali kita terlepas aspek ini. Kebanyakan pihak hanya menyalahkan bahagian yang melakukan tugas tersebut, tetapi seringkali terlupa bagaimana bahagian yang bertanggungjawab untuk memeriksa boleh terlepas.

Kita ambil contoh pengeluaran.

Bahagian Pengeluaran @ Production seringkali perlu menjawab kesilapan mereka TETAPI Bahagian Pemeriksaan @ Quality Control TIDAK pernah disoal KENAPA mereka terlepas pemeriksaan mereka.

Bagi saya adalah penting semua pihak melihat kelemahan masing-masing agar KESALAHAN tersebut dapat diperbaiki bersama.

Aspek 3.

- Kenapa sistem kita membenarkan masalah berlaku?

Aspek ini menekan sistem yang dibina dapat membantu pekerja-pekerja yang bertugas daripada melakukan kesilapan. Ini kerana Manusia TIDAK akan lari daripada KESILAPAN.

Ini juga merupakan aspek AUTOMATION dimana kita membuat atau membina sistem agar ia boleh berjalan tanpa atau dengan pengawasan yang minima.

Sistem juga dibina oleh Manusia, jadi ia juga mempunyai kesilapan, tetapi ia boleh memastikan sebarang pekerja yang berpengalaman atau tidak agar tidak melakukan kesilapan yang sama sebelum ini.


Jadi apa lagi, UBAH tool 5 WHY anda yang biasa anda gunakan kepada 5 WHY 3 Cabang agar ia lebih berkesan dalam membantu anda menyelesaikan masalah.

SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, 6 March 2013

Bagaimana hendak membuat Morning Meeting yang EFFEKTIF?

Di kebanyakan syarikat akan membuat Morning Meeting @ Perjumpaan Ringkas di waktu pagi sebelum bermulanya berkerja.



Tetapi berapa ramai yang menggunakannya secara effektif?

Guna masa 5 minit yang diberikan untuk memberi informasi yang dapat membantu team anda untuk melakukan yang terbaik pada hari tersebut.

Apakah informasi tersebut?


Beritahu team anda apakah pencapaian mereka pada hari semalam agar mereka boleh memperbaiki dan lakukan yang terbaik untuk hari ini.

INGAT....Ramai yang suka memberitahu berita buruk kepada Team mereka.

Di dalam Prinsip Genba Management, meraikan sesuatu yang baik adalah PENTING bagi menaikkan moral team anda.

Jadi ucapkan Terima Kasih kepada Team anda apabila anda sudah mencapai atau melangkaui TARGET.

Monday, 25 February 2013

Apa Bezanya Kilang Pengeluaran dan Restoran???

Ada beza ker?


Berapa ramai yang kata YA...


Sila komen...

Berapa ramai yang kata SAMA JE...


Sila komen...

 Bagi saya, SAMA JE....


Mengapa?


Mari kita lihat dari segi proses kedua-dua aktiviti.

Kita mulakan dengan Kilang Pengeluaran.

Bagaimana Kilang Pengeluaran berfungsi?



1. Kita kenalpasti dan reka bentuk produk
2. Kita beli atau menyewa bangunan / kilang
3. Kita beli tools dan equipments
4. Kita merekruit dan melatih pekerja
5. Kita membeli bahan mentah
6. Kita membuat produk dan menjual kepada pelanggan
7. Kita mengeluarkan invois bagi setiap produk yang dihantar
8. Kita menunaikan cek yang diterima
9. Kita membayar bil bagi pekerja, bahan mentah, utiliti, kos sewa dan lain-lain.

Bagaimana Restoran berfungsi?




1. Kita kenalpasti resepi dan reka bentuk masakan
2. Kita menyewa atau membeli restoran
3. Kita membeli peralatan memasak
4. Kita mengaji dan melatih Tukang Masak & Pelayan
5. Kita membeli bahan mentah basah dan kering
6. Kita memasak dan menjual kepada pelanggan
7. Kita mengeluarkan resit bagi setiap masakan yang dibayar
8. Kita mengira tunai yang diterima
9. Kita membayar gaji pekerja, kos bahan mentah basah & kering, kos sewa @ ansuran restauran dan lain-lain.


Anda nampak apa perbezaannya atau PERSAMAANNYA?


Segala proses yang terlibat dalam kedua-dua tempat ini merupakan proses yang sama. Inilah yang dikatakan PROCESS APPROACH. Banyak kelebihan sekiranya anda mula berfikir secara PROCESS APPROACH.

Mulalah berfikir secara PROCESS APPROACH. Ini membantu anda untuk meningkatkan syarikat anda ke satu tahap yang baru.


Apa kaitannya dengan LEAN MANUFACTURING?


Cuba fikirkan... 



.

Sunday, 24 February 2013

Stock terbaru bagi The Lean Manufacturing Pocket Handbook telah tiba

The Lean Manufacturing Pocket Handbook salah satu buku yang wajib anda miliki sekiranya anda ingin mengetahui Apakah itu Lean Manufacturing.

Segalanya mengenai Lean Manufacturing tertulis didalam buku yang mudah dibawa ke mana-mana.

Tajuk lain yang terdapat di dalam Siri Lean Manufacturing:

1. The Lean Manufacturing Employee Training Manual
2. The Kaizen Pocket Handbook
3. The FMEA Pocket Handbook

Ingin mengetahui cara mendapatkannya.

Sila e-mail kepada afzal.alrabah@gmail.com untuk maklumat lanjut.




Friday, 22 February 2013

Mari kita cuba Terapi ini...

Sudah pening kepala dengan istilah-istilah berat???



  Mari kita belajar TERAPI MUDAH TANPA UBAT untuk melegakan kesakitan kepala.



Terapi ini mampu membantu anda menghilangkan sakit kepala dalam masa 5 minit tanpa ubat.
 
Hidung kita mempunyai 2 bahagian.

KIRI

dan

KANAN

Kita menggunakan kedua-duanya untuk menghirup dan menghembus nafas.

  Sebenarnya, ia mempunyai peranannya tersendiri. Anda boleh mengalami perbezaan ini dengan mudah.

   Apabila anda mengalami sakit kepala, tutup hidung KANAN anda dan MULA bernafas dengan dengan hidung KIRI.  In sha Allah, dalam masa 5 minit sakit kepala anda mula berkurangan...

  
   Jika anda keletihan,  lakukan perkara yang berlawanan daripada di atas. Tutup hidung Kiri dan mula bernafas dengan hidung Kanan.  Selepas seketika, anda merasa lebih segar.

Kenapa ye???

  Otak KANAN kita tergolong kepada golongan "PANAS". Manakala Otak KIRI kita pula tergolong kepada golongan "SEJUK".

  Kebanyakan wanita bernafas melalui hidung KIRI, dimana mereka mudah sejuk. Kebanyakan lelaki pula bernafas melalui hidung KANAN, mereka pula mudah terangsang.


  Mari kita lihat sesuatu yang menarik. Saya memerlukan anda untuk membuat sesuatu apabila bangun tidur pada waktu pagi. Perhatikan udara yang anda hembus keluar melalui KIRI atau KANAN? Jika KIRI, anda akan berasa letih, cepat-cepat tutup hidung KIRI dan mula bernafas dengan hidung KANAN.

Anda merasa lebih segar secepat mungkin selepas itu.

  Sekiranya anda selalu mengalami sakit kepala? Lakukan cara pernafasan ini selama sebulan. Dengan izin Allah, sakit kepala anda berkurangan.


Mari mencuba.




Friday, 1 February 2013

How to stay ahead from others???

How to stay ahead from others?


Did you know what is the principles that make 

and

stay ahead from others?



I would like to share 5 principles that my mentor Yoshio Suzuki-san taught me in How to stay ahead from other. You may not surprise that both companies also using the same principles to be No. 1 in the World.

If they can, you also CAN.


The 5 Spirits from the Samurai World are:


1. Challenge ALL Fixed Ideas!

2. DO It Now!!! No Excuse!!!

3. Use your WISDOM, not your MONEY.

4. Get To Root Cause by Asking WHY? WHY? WHY? WHY? WHY?


Tha last one is:

5. Improvement is Infinite! BETTER is not enough!




Thursday, 31 January 2013

Siri 1: Istilah Pendek dalam Lean Manufacturing

Sebelum kita mengenal istilah-istilah pendek di dalam Lean Manufacturing.

 Mari kita ketahui apakah itu Lean Manufacturing.


Lean Manufacturing Bertujuan:

  • Mengurangkan pembaziran yang berlaku di dalam dunia pengeluaran yang semakin rumit bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran tersebut.

Lean Manufacturing membantu mencapai objektif diatas dengan
  • Mengurangkan masa atau hari pengeluaran sesuatu produk dari Mula sehingga Akhir.
Idea-idea ini telah lahir daripada Fredric Taylor dengan Pengurusan Saintifiknya. Idea-idea baru ini telah diperkembangkan oleh Dr. William E. Deming dan Dr. Shigeo Shingo.

Tahukah anda bahawa Pembuat Kereta Toyota ialah syarikat pertama yang memperkenalkan idea-idea tokoh-tokoh diatas sehingga ia dikenali sebagai Toyota Production System atau nama lainnya Lean Manufacturing.

Kini anda sudah tahu serba sedikit mengenai Lean Manufacturing.

Mari kita ketahui istilah-istilah yang sering digunakan.

  • 5S - Methodologi untuk pengurusan, pembersihan, pembangunan dan membantu mengekalkan suasana kerja yang produktif. Ia juga merupakan Asas paling penting di dalam Lean Manufacturing.
  • Gantt Chart - sejenis carta yang diperkenalkan oleh Henry Gantt (1861-1919) yang mengandungi pergerakan turutan dan tempoh sesuatu aktiviti.
  • PDCA - Plan, Do, Check, Action. Satu panduan yang membantu memastikan sesuatu aktiviti berjalan dengan teratur dan sistematik.

Terdapat pelbagai lagi istilah yang digunakan di dalam Lean Manufacturing.

Nantikan dalam Siri ke-2 Istilah Pendek dalam Lean Manufacturing.

Wednesday, 23 January 2013

Thursday, 10 January 2013

5 Semangat untuk KEKAL maju ke hadapan

    Di Dunia yang serba moden ini, kita tidak lagi mampu untuk tertinggal jauh di belakang.

Untuk KEKAL maju ke hadapan pula memerlukan daya yang gigih.

    Berapa ramai daripada anda, yang sering kali menghadapi cabaran?

Say I....

    Berapa ramai daripada anda, yang mahukan semangat untuk KEKAL MAJU ke hadapan?

Teruskan membaca artikel ini.


    5 Semangat untuk KEKAL MAJU ke hadapan ini telah menjadi pegangan prinsip kerja saya selama saya bekerja di sebuah syarikat automotif. Semangat ini yang membantu saya untuk sentiasa KEKAL di hadapan di kalangan pekerja-pekerja yang berpengalaman lebih 27 tahun.
   
    Disini saya ingin berkongsi dengan para pembaca 5 Prinsip Semangat  yang telah membantu saya dalam menghadapi cabaran ini. Prinsip saya pelajari daripada Mentor saya Yoshio Suzuki-san ini banyak memberikan kesan yang POSITIF kepada saya dan team saya untuk sentiasa memperbaharui diri bagi menghadapi cabaran Dunia Moden ini.

    Adalah satu kesilapan saya jika saya hanya berkongsi dengan sebilangan kecil orang-orang di Malaysia ini.

    Sudahkah anda bersedia untuk menjadikan diri anda sentiasa berada di HADAPAN?


Jika YA, marilah kita menghayati 5 semangat ini...


1. Mencabar segala idea yang sedia ada! 


    Idea yang sedia ada adakalanya hanya terbaik pada waktu tersebut, perubahan zaman memerlukan idea yang lebih HEBAT dan LUAR BIASA bagi kekal di hadapan.

Bagaimana syarikat Apple dan Samsung mengeluarkan gadget-gadget yang mendahului zaman?

Ia bermula daripada mencabar idea yang sedia ada.

Bagaimana anda boleh membuat apa yang mereka telah lakukan?

Kumpulkan segala idea, bincangkan dan kenal pasti idea yang BERNAS lagi BIJAK.

Ingat TIADA IDEA yang dipanggil idea bodoh,

ia hanya IDEA LUAR BIASA.

2. Lakukan SEKARANG! TIADA Alasan


    Ini satu-satunya semangat yang memerlukan KEBERANIAN anda tahap maksimum. Ramai yang sering kali berkata-kata, jika tiada TINDAKAN, segalanya hanya sekadar kata-kata.

Seorang lagi mentor saya Dr. Azizan Osman dengan formula M.E.S.T.I nya juga terkandung TINDAKAN sebagai salah satu unsur untuk kita KEKAL MAJU ke hadapan.

Tiada kata-kata yang boleh mengambarkan semangat ini, cuma TINDAKAN anda yang akan menunjukkan semangat ini.



3. Gunakan KEBIJAKSANAAN, bukan wang...


    Semangat ini akan membantu anda dalam memastikan anda menghasilkan sesuatu yang LUAR BIASA tanpa kos yang tinggi. Ramai yang berfikir dengan wang, segalanya boleh terjadi dan seringkali wang bukan segalanya.

Anda mempunyai anugerah yang diberi Allah, dimana anugerah ini telah menghasilkan pelbagai ciptaan hebat di sepanjang zaman. Otak anda merupakan organ badan yang unik. Pernah dengar pepatah "Tangan yang mengerakkan buaian, mampu mengegarkan DUNIA", pepatah ini mengisahkan kebijaksanaan yang digunakan dengan baik dan sistematik mampu mengubah pelbagai situasi.

4. Gali ke punca masalah dengan bertanya KENAPA? 5 KALI!!!


     Ini adalah satu teknik yang digunakan oleh bangsa Jepun bagi mendapatkan atau perkataan yang lebih sesuai untuknya "MENGALI" segala kemungkinan yang menyebabkan sesuatu masalah itu berlaku.

Nampak mudah dengan bertanya Kenapa, tetapi dengan 5 kali Kenapa anda pasti akan memerahkan segala urat saraf yang berada di dalam otak anda.

Tips untuk menggunakan teknik ini ialah TERUSkan bertanya sehingga anda betul-betul puas hati dengan jawapan yang diterima. Percayalah ramai akan mengalah sebelum benar-benar mendapat punca masalah.

Adakah anda tergolong dalam golongan di atas ATAU anda tergolong daripada orang-orang yang LUAR BIASA dalam menyelesaikan sesuatu?


5. Improvement is INFINITE !           Better is not enough


    Penambahbaikan atau peningkatan tidak mempunyai batasan. Sentiasa berfikir ada perkara yang lebih baik daripada sekarang cuma kita masih belum menjumpainya.

Sekiranya anda berpuas hati dengan apa yang anda ada sekarang, anda tidak akan ke mana-mana dalam masa 10 tahun nanti.

Seorang sahabat Rasulullah pernah berkata " Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini".



Saya berharap perkongsian ilmu ini dapat membantu anda dalam segala perkara bagi memastikan anda sentiada KEKAL JAUH ke hadapan.

Pesanan saya ialah " Lakukan SEKARANG! TIADA Alasan ".

Saturday, 5 January 2013

5 RAHSIA Jutawan dalam membina Komunikasi yang LUAR BIASA...

    Komunikasi berasal dari bahasa latin yang berbunyi "communis" yang membawa maksud untuk dikongsi.
Komunikasi ialah aktiviti menyampaikan mesej, pendapat atau informasi dengan menggunakan pelbagai medium sama ada percakapan, visual, penulisan, tanda signal atau perbuatan.



    Ramai orang sering kali berkata salah faham apabila silap membuat sesuatu. Kesilapan ini sebenarnya hasil daripada Komunikasi yang kurang berkesan.

    Pernahkah anda bermain permainan menyampaikan mesej?

Orang yang pertama mendapat mesej secara lisan dan mesej itu disampaikan kepada rakan-rakan lain mengikut giliran. Selalunya mesej yang diterima oleh orang yang terakhir menjadi BERLAINAN daripada mesej yang sebenarnya. Lebih teruk lagi ia memberikan NIAT yang berbeza daripada yang asal.

Permainan ini sengaja dibuat sebegitu bagi menunjukkan kepentingan KOMUNIKASI yang baik menghasilkan sesuatu yang baik serta berkesan.

      Di dalam Genba Management, Komunikasi adalah perkara PENTING dalam memastikan kejayaan sesuatu aktiviti. Ini kerana setiap orang mempunyai peranan yang tertentu dan mereka perlu melakukan sesuatu perkara yang berlainan tetapi mempunyai MATLAMAT yang sama.

Komunikasi yang baik akan menghasilkan kerjasama yang mantap. Kerjasama ini mampu menghasilkan keputusan yang LUAR BIASA cemerlangnya.

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN KOMUNIKASI YANG BAIK???

Saya akan berkongsi 5 RAHSIA yang digunakan oleh Jutawan bagi memastikan perniagaan mereka cemerlang dengan LUAR BIASA.

1. Kerap melakukan perbincangan kumpulan @ "TEAM DISCUSSION"

    Team discussion akan menghasilkan komunikasi 2 hala yang mampu memberi kefahaman yang lebih kepada semua team member dalam menuju satu matlamat.

2. Semua orang boleh memanggil MESYUARAT.

    Ingatlah sesiapa sahaja boleh memanggil untuk bermesyuarat. Kalau anda nak tahu, Mesyuarat adalah satu bentuk Team Discussion, dimana rahsia pertama tadi menekankan Team Discussion.

3. Membuat Rumusan selepas mesyuarat.

    Rumusan adalah penting bagi memastikan semua orang yang terlibat didalam perbincangan itu FAHAM apa yang dibincangkan. Adakah anda tahu, Fokus manusia yang biasa selalu hanya bertahan selama 45 saat. Terkejut!!! betapa pendeknya jangka masa fokus manusia.
    Pastikan rumusan anda itu di tulis diatas nota atau Minute Of Meeting dan ia akan berguna sebagai rujukan anda.

4. Sekiranya kita telah setuju untuk bertindak, BERTINDAKlah sehingga selesai.

    Kata-kata dari Mentor saya Dr Azizan Osman, "Bila kita memulakan sesuatu, buatlah sehingga selesai". Saya sering bertanya kepada diri saya apabila semangat untuk berkerja mula pudar " Afzal, anda suka makan kek separuh masak? Tentulah TIDAK, saya nak kek yang terbaik di dalam dunia dan Kek yang terbaik ialah Kek yang masak sePENUHnya"

    Rahsia yang terakhir ini adalah RAHSIA yang PALING PENTING. Sekiranya anda gagal membuat rahsia ini, segala yang anda buat di atas akan MUSNAH begitu sahaja.

Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu RAHSIA paling RAHSIA dalam 5 Rahsia Jutawan Cemerlang???

Say " I want to know and act"

5. Bercakap " Saya tidak faham. Minta jelaskan sekali lagi" apabila anda kurang jelas.

    Segalanya akan musnah sekiranya anda melakukan sesuatu yang anda kurang jelas pemahamannya. Ramai yang TAKUT apabila orang lain mengatakan anda lembab dalam memahami sesuatu. Setiap orang mempunyai keupayaan yang berbeza dalam memahami sesuatu. BERANIkan diri anda untuk bertanya soalan sehingga anda faham. Jangan mengalah menyoal sehingga anda faham.
    Selalunya hanya 40% sahaja orang yang betul-betul faham dengan apa yang perlu dilakukan. Ramai yang suka membuat anggapan @ "assumption". Ini adalah sesuatu yang BAHAYA terhadap organisasi anda sekiranya ramai yang membuat anggapan. Pengalaman saya sebagai Auditor ISO 9001, JANGAN MEMBUAT ANGGAPAN, dapatkan BUKTI OBJEKTIF bagi menjawab persoalan anda. Kredibiliti anda menjadi taruhan ketika itu.
    Ingat, BERTANYAlah soalan selagi anda BELUM faham.



    Semoga RAHSIA-RAHSIA ini dapat membantu anda dalam menghasilkan team yang LUAR BIASA.
Membaca sahaja tidak akan menjadikan anda dan Team anda LUAR BIASA.

TINDAKAN yang mengubah anda daripada biasa ke LUAR BIASA....

Tuesday, 1 January 2013

Tips menjadi Keyman yang Cemerlang

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda,

 TIPS menjadi Keyman yang Cemerlang.

Kenapa kita perlu menjadi Keyman yang cemerlang???

Di dalam Shopfloor Management, kita seorang tidak mampu mengubah keadaan sekiranya kita tidak mampu mempengaruhi orang yang berkerja bersama kita.

Pernah dengar istilah SUPERMAN?
Superman ialah orang yang hebat tetapi bergerak sendirian. Berapa lama kita mampu bergerak tanpa sokongan yang lain? Saya jamin hanya sekejap sahaja yang anda mampu buat.

Bagaimana hendak mengubah orang lain?

Langkah pertama bermula daripada mengubah diri sendiri.
Kita tidak mampu mengubah dunia, tetapi kita MAMPU mengubah diri sendiri agar dunia disekeliling kita berubah mengikut kita.
Pelik bukan, dunia akan mengikut kita apabila potensi kita dikenali ramai.

4G + 1P ialah formula untuk kita mula mengubah dunia.
  • G yang pertama: Good Communicator
Untuk menjadi Good Communicator, kita bermula dengan menjadi Good Listener.
  • G yang kedua: Good Personality
Dengan personaliti yang baik, kita menjadi Pemacu perubahan yang cemerlang.
  •  G yang ketiga: Good Challenger
Berdebatlah anda sekiranya anda rasa pendapat anda betul tetapi bersedia untuk menerima pendapat orang lain kerana tidak selalunya kita betul. Gunakan fakta dalam menyakinkan rakan anda.
  • G yang keempat: Good Attitude
Attitude yang POSITIF mampu mengerakkan semua perkara dengan lancar. Attitude yang negatif akan menghalang segalanya.
  • P yang terakhir: Positive Thinking
Minda yang POSITIF menghasilkan segala keputusan yang POSITIF.


My mentor Yoshio Suzuki said that "It is better that 100 persons to take 1 step than 1 person to take 100 steps"

Apa itu GENBA??? What is GENBA???

Berapa ramai daripada anda, yang hendak tahu apa itu maksud GENBA?

Say I...

Berapa ramai daripada anda, yang hendak tahu apa kepentingan berada di GENBA?

Say I...

GENBA atau GEMBA ialah tempat dimana sesuatu perkara atau kejadian itu sedang berlaku.

Kenapa PENTINGnya anda berada di GENBA?
 
    Ini kerana pengalaman yang anda alami lebih berharga ketika berada di Genba jika dibandingkan daripada hanya membaca dari laporan, kerana laporan mungkin GAGAL menceritakan suasana yang hendak diceritakan.

   Saya ingin berkongsi satu petikan daripada filem Jepun yang berbunyi

" 事件は現場で起こっている、会議室で起こったじゃない。"
"(Sebutannya : Jiken wa Genba de okotteiru, kaigishitsu de okotta jya nai)"

yang membawa maksud

" Jenayah berlaku di tempat kejadian bukan di dalam bilik mesyuarat".

   Petikan ini mengajar saya, adalah PENTING bagi seseorang Eksekutif atau Engineer untuk berada di Genba bagi memahami sesuatu perkara atau kejadian daripada hanya duduk di hadapan meja menghadap komputer. Anda akan lebih memahami sesuatu perkara itu dengan melihat dan berinteraksi dengan sendiri.

   Masih sukar untuk membayangkan maksud petikan ini?

  Cuba anda bayangkan anda mengenali seorang jejaka atau gadis di internet. Adakah anda terus terpikat atau hendak berjumpa dahulu bagi lebih memahami dan mengenali seseorang itu?



   Jika anda memilih untuk berjumpa, anda telah memilih GENBA.