Mari kita ketahui apakah itu Lean Manufacturing.
Lean Manufacturing Bertujuan:
- Mengurangkan pembaziran yang berlaku di dalam dunia pengeluaran yang semakin rumit bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran tersebut.
Lean Manufacturing membantu mencapai objektif diatas dengan
- Mengurangkan masa atau hari pengeluaran sesuatu produk dari Mula sehingga Akhir.
Idea-idea ini telah lahir daripada Fredric Taylor dengan Pengurusan Saintifiknya. Idea-idea baru ini telah diperkembangkan oleh Dr. William E. Deming dan Dr. Shigeo Shingo.
Tahukah anda bahawa Pembuat Kereta Toyota ialah syarikat pertama yang memperkenalkan idea-idea tokoh-tokoh diatas sehingga ia dikenali sebagai Toyota Production System atau nama lainnya Lean Manufacturing.
Kini anda sudah tahu serba sedikit mengenai Lean Manufacturing.
Mari kita ketahui istilah-istilah yang sering digunakan.
- 5S - Methodologi untuk pengurusan, pembersihan, pembangunan dan membantu mengekalkan suasana kerja yang produktif. Ia juga merupakan Asas paling penting di dalam Lean Manufacturing.
- Gantt Chart - sejenis carta yang diperkenalkan oleh Henry Gantt (1861-1919) yang mengandungi pergerakan turutan dan tempoh sesuatu aktiviti.
- PDCA - Plan, Do, Check, Action. Satu panduan yang membantu memastikan sesuatu aktiviti berjalan dengan teratur dan sistematik.
Terdapat pelbagai lagi istilah yang digunakan di dalam Lean Manufacturing.
Nantikan dalam Siri ke-2 Istilah Pendek dalam Lean Manufacturing.
No comments:
Post a Comment